Mengenai SIBUfm

  • Sejarah Radio RTM

    Sejarah tidak boleh menolak, peranan A.L Birch, seorang jurutera British yang membawa set radio pertama ke Malaya pada tahun 1921. Dengan kemasukan radio tersebut, maka tertubuhlah Persatuan Wireless Johor pada tahun 1923, yang memulakan siaran melalui gelombang 300 meter. Pada tahun 1925, Persatuan yang sama juga ditubuhkan di Pulau Pinang. Diikuti pula dengan penubuhan Persatuan Wireless Tanah Melayu di Kuala lumpur pada tahun 1928. Persatuan Wireless Pulau Pinang telah berjaya mendapat lesen yang juga merupakan lessen pertama dikeluarkan di Malaya pada 24 Ogos 1934 atas nama seorang ahli persatuan bernama Khoo Sian Ewe.
    Penubuhan Jabatan Siaran Radio di Singapura pada 1 April 1946, secara rasmi menjadi tarikh keramat bermulanya sejarah radio di Malaya. Perkembangan dan keberkesanan Radio Malaya turut mempengaruhi Sabah & Sarawak. Ini kerana pada tahun 1952, telah menyaksi bidang penyiaran secara percubaan bermula di Borneo Utara. Pelancaran Rasmi Radio Sarawak pada tahun 1954 & Radio Sabah pada tahun berikutnya telah membawa era baru kepada rakyat Sabah & Sarawak.
    Siaran langsung penurunan The Union Jack & pengisytiharan kemerdekaan yang disiarkan secara langsung oleh Radio Malaya adalah bahan sejarah yang amat penting yang telah dilaksanakan oleh Radio Malaya.
    Satu demi satu peristiwa bersejarah Radio Malaya, dibawa kepada pendengarnya. Nyata Radio Malaya adalah amat penting ketika itu untuk menjadi mata, telinga dan mulut rakyat bagi menyatakan matlamat dan arah tuju pentadbiran kerajaan. Selain daripada berperanan untuk menyebar berita, Radio Malaya banyak menyiarkan kejayaan kerajaan dalam membangun Negara. Juga mewujudkan suasana harmoni di kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa & agama.
    Radio Malaya juga banyak memainkan peranannya dalam membentuk sahsiah diri untuk menyemarak dan memperkayakan pejuang, pelapis, pengamal seni tanah air, radio juga banyak menganjurkan pertandingan. Antaranya bintang radio yang telah melahirkan ramai bintang seni yang disegani hingga ke hari ini.
    Peranan stesen radio negeri-negeri juga, banyak membantu kerajaan untuk mendengar dan menyelami permasalahan rakyat. Ini menjadikan RTM sebagai saluran yang berkesan untuk menjadi lidah rakyat & kerajaan. Menyedari masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum & etnik, RTM telah mewujudkan beberapa siaran radio yang mewakili kaum & etnik Malaysia. Keberkesanan stesen radio ini amat ketara & memberi satu impak besar kepada masyarakat. Ianya dapat kita lihat sehingga hari ini.

  • Sejarah

    Stesen RTM Sibu telah dirasmikan pada 7 Disember 1974 oleh Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Tuanku Hj Bujang bin Tuanku Osman. Ia merupakan stesen kedua dibina di luar Ibu Pejabat Kuching selepas stesen RTM Limbang.

    Bangunan Stesen RTM Sibu terletak di kawasan sekitar 7.5 hektar di persimpangan Jalan Tun Abang Hj Openg dan Jalan Tapang.

    Dalam mengisi keperluan masyarakat setempat, RTM Sibu menyiarkan rancangan dalam tiga bahasa (Melayu / Iban / Cina)

    untuk disiarkan di sekitar kawasan tengah Sarawak iaitu di bahagian Sibu, Sarikei, Kapit dan Mukah.

    Bahagian operasi terdiri dari tiga bahagian iaitu :

    Bahagian Pentadbiran (Pentadbiran/Stor/Keselamatan)
    Bahagian Rancangan (Perkhidmatan Melayu/Iban/Cina/Berita/Rakamkhanah)
    Bahagian Kejuruteraan (Bilik Kawalan Pusat/Unit Siaran Luar Penyelenggaran)
    Pentadbiran Stesen Sibu juga merangkumi pengendalian studio rakaman di Sarikei dan Kapit. Kedua studio berkenaan yang ditempatkan di Kompleks Jabatan Persekutuan dilengkapi dengan sebuah studio masing-masingnya dan pejabat am. Ia dikendalikan oleh Penyelia B27, Penerbit Rancangan B17 , Juruteknik J17 dan Pekerja Am.

    Stesen Sibu yang mempunyai petugas seramai 80 orang diketuai oleh seorang Pengurus Gred B44 yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala operasi dan hal ehwal stesen dan dibantu oleh tiga orang pegawai kanan iaitu seorang Jurutera Penyiaran Gred J41, Ketua Bahagian Rancangan Gred B32 dan Pegawai Kerani Kanan Gred N22.

    Stesen RTM Sibu beroperasi mulai 25 November 1974. Siarannya di pancarkan melalui gelombang sederhana (MW) 621 Khz untuk Rangkaian Merah (Cina), 909 Khz untuk Rangkaian Kuning (Melayu) dan 1065 Khz untuk Rangkaian Hijau (Iban). Rangkaian Hijau (Iban) juga disiarkan melalui gelombang pendek 5005 Khz dan 6050 Khz pada 60 meter dan 49 meter.

    Pada Disember 2003 siaran gelombang sederhana (MW) telah ditamatkan dan pada 1 November 2008 siaran gelombang sederhana (SW) ditamatkan secara rasminya.

    Bagi menambahbaikkan kualiti siaran, pada Januari 2003, RTM Sibu telah beroperasi melalui pemancaran FM pada frekuensi 87.6 Mhz di Stesen Pemancar TM Bukit Lima, Jalan Alan Sibu yang dikenali sebagai Sibu FM.

    Sibu FM bersiaran selama 12 jam bermula jam 9 pagi hingga 12.00 tengahari untuk rancangan Bahasa Melayu, 12.00 tengahari hingga 3.00 petang siaran Bahasa Iban dan 3.00 hingga 6.00 petang untuk siaran rancangan Bahasa Cina dan seterusnya rancangan Bahasa Melayu keudara semua pada jam 6.00 petang hingga 9.00 malam.

    Pada tahun 2007, Stesen Pemancar FM telah ditambah di Sarikei (Bukit Kayu Malam) pada frekuensi 94.6 Mhz; Kapit 94.1 Mhz; Belaga 103.0 Mhz; Mukah 98.7 Mhz dan Singgalang 102.1 Mhz untuk meluaskan lagi kawasan liputan siaran Sibu FM.

  • Carta Organisasi

    SEDANG DI KEMASKINI

  • Visi, Misi dan Objektif

    » Visi

    Organisasi Penyiaran Terulung dan Bertaraf Dunia yang menjunjung Gagasan 1Malaysia

    » Misi

    1. Mendukung wawasan Kerajaan dan Negara
    2. Menyediakan rancangan untuk memenuhi citarasa audien
    3. Menentukan perkhidmatan penyiaran yang bermutu tinggi
    4. Menjadikan RTM berbudaya maju dan berwibawa
    5. Bergiat cergas dalam penyiaran antarabangsa
    6. Menjaga kepentingan anggota petugas

    » Objektif

    1. Menjadi peneraju negara bangsa menerusi perkhidmatan penyiaran berteraskan gagasan 1Malaysia.
    2. Memfaatkan teknologi maklumat dan media baharu untuk jangkauan khalayak yang maksimum.
    3. Memartabatkan Bahasa Melayu dalam membina negara bangsa.