• CS3 radio
  • CS3 frequensi
  • mug rtm (2)

Sejarah

Stesen RTM Sibu telah dirasmikan pada 7 Disember 1974 oleh Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Tuanku Hj Bujang bin Tuanku  Osman.  Ia merupakan stesen kedua dibina di luar Ibu Pejabat Kuching selepas stesen RTM Limbang.

Bangunan Stesen RTM Sibu terletak di kawasan sekitar 7.5 hektar di persimpangan Jalan Tun Abang Hj Openg dan Jalan Tapang.

Dalam mengisi keperluan masyarakat setempat, RTM Sibu menyiarkan rancangan dalam tiga bahasa (Melayu / Iban / Cina)

untuk disiarkan di sekitar kawasan tengah Sarawak iaitu di bahagian Sibu, Sarikei, Kapit dan Mukah.

Bahagian operasi terdiri dari tiga bahagian iaitu :

  • Bahagian Pentadbiran (Pentadbiran/Stor/Keselamatan)
  • Bahagian Rancangan (Perkhidmatan Melayu/Iban/Cina/Berita/Rakamkhanah)
  • Bahagian Kejuruteraan (Bilik Kawalan Pusat/Unit Siaran Luar Penyelenggaran)

Pentadbiran Stesen Sibu juga merangkumi pengendalian studio rakaman di Sarikei dan Kapit.  Kedua studio berkenaan yang ditempatkan di Kompleks Jabatan Persekutuan dilengkapi dengan sebuah studio masing-masingnya dan pejabat am.   Ia dikendalikan oleh Penyelia B27, Penerbit Rancangan B17 , Juruteknik J17 dan Pekerja Am.

Stesen Sibu yang mempunyai petugas seramai 80 orang diketuai oleh seorang Pengurus Gred B44 yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala operasi dan hal ehwal stesen dan dibantu oleh tiga orang pegawai kanan iaitu seorang Jurutera Penyiaran Gred J41, Ketua Bahagian Rancangan Gred B32 dan Pegawai Kerani Kanan Gred N22.

Stesen RTM Sibu beroperasi mulai 25 November 1974.  Siarannya di pancarkan melalui gelombang sederhana (MW) 621 Khz untuk Rangkaian Merah (Cina), 909 Khz untuk Rangkaian Kuning (Melayu) dan 1065 Khz untuk Rangkaian Hijau (Iban).  Rangkaian Hijau (Iban) juga disiarkan melalui gelombang pendek 5005 Khz dan  6050 Khz pada 60 meter dan 49 meter.

Pada Disember 2003 siaran gelombang sederhana (MW) telah ditamatkan dan pada 1 November 2008 siaran gelombang sederhana (SW) ditamatkan secara rasminya.

Bagi menambahbaikkan kualiti siaran, pada Januari 2003,  RTM Sibu telah beroperasi melalui pemancaran FM pada frekuensi 87.6 Mhz di Stesen Pemancar TM Bukit Lima, Jalan Alan Sibu yang dikenali sebagai Sibu FM.

Sibu FM bersiaran selama 12 jam bermula jam 9 pagi hingga 12.00 tengahari untuk rancangan Bahasa Melayu, 12.00 tengahari hingga 3.00 petang siaran Bahasa Iban dan 3.00 hingga 6.00 petang untuk siaran rancangan Bahasa Cina dan seterusnya rancangan Bahasa Melayu keudara semua pada jam 6.00 petang hingga 9.00 malam.

Pada tahun 2007, Stesen Pemancar FM telah ditambah di Sarikei (Bukit Kayu Malam) pada frekuensi 94.6 Mhz;  Kapit 94.1 Mhz; Belaga 103.0 Mhz; Mukah 98.7 Mhz dan Singgalang 102.1 Mhz untuk meluaskan lagi kawasan liputan siaran Sibu FM.

Statistik Pelawat

070586
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
146
34
431
69401
1787
2147
70586

Your IP: 54.80.26.116
Server Time: 2017-09-20 16:02:35