• CS3 radio
  • CS3 frequensi
  • mug rtm (2)

Konsert i@HATI

Program I@Hati merupakan aktiviti lapangan saluran TVi bersama penonton sasaran dan rakan penyiar Radio negeri . Program ini adalah untuk memperkenalkan jenama TVi dan produk stesen radio bagi pengukuhan jenama induk iaitu RTM. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat mengeratkan hubungan siratulrahim antara personaliti TVi, DJ radio dan artis.

 

I@Hati Julau merupakan lokasi ketiga selepas Pulau Pinang dan Melaka.  Julau adalah lokasi pertama di Sarawak yang melibatkan kerjasama SIBUfm dan Pejabat Daerah Julau. Konsert ini telah diadakan pada Sabtu, 16 Mac 2013 jam 7.00 malam di Dewan SK. St. Alphonsus Julau.

Program ini bertujuan untuk memberi ruang kepada stesen-stesen radio untuk dikenali di seluruh Malaysia melalui TVi disamping memperomosikan saluran TVi melalui stesen radio yang mempunyai peminat setia. Seterusnya memperkenalkan kebudayaan negeri dan memupuk generasi muda cintakan kebudayaan melalui segmen yang diperkenalkan. 

Konsert dirasmikan oleh YB Datuk Joseph Salang Gandum, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Barisan ikon TVi dan Artis seperti Amir Sofaz, Eja Grey Sky Morning, Suki, Lucy M, Rickie Andrewson, Wendy, Eddie Kuwing, pelawak Bunyau dan Mujap memeriahkan lagi acara.

Selain daripada konsert, acara lain seperti lawatan ke Rumah Panjang Jana, Batu Matop Julau gotong-royong dan Sukaneka memberi peluang kepada artis dan ikon TVi beramah mesra dengan masyarakat setempat.

Statistik Pelawat

075304
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
41
65
171
74732
1226
2599
75304

Your IP: 54.80.157.133
Server Time: 2017-11-22 08:57:31