• CS3 radio
  • CS3 frequensi
  • mug rtm (2)

Konsert Ruai Kitai dan Program Titik Sentuhan

Sebagai usaha untuk mempromosikan stesen radio, RTM tampil dengan menanjurkan radio di lokasi. Konsert Ruai Kitai dan Program Titik Sentuhan telah diadakan pada Sabtu, 2 Februari 2013 jam 7.00 malam di Laman Pakan, Pakan.

Acara begitu meriah dengan penonton dianggarkan lebih kurang tiga ribu orang membanjiri Laman Pakan. Kehadiran artis Iban seperti Nai, Lucy M, Urai, Donny Lang dan Stevenson membuat penonton begitu teruja. Ini ditambah lagi dengan kemunculan Pelawak Bunyau dan Mujap menggamatkan lagi suasana.

Konsert telah dirasmikan oleh YB Datuk Joseph Salang Gandum, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Julau. Turut hadir bersama Puan Salmah Ibrahim Melina, Pengarah Penyiaran Kawasan Sarawak dan Encik Albert Mentri Tudin, Pengurus RTM Sibu.

Acara ini turut dijayakan dengan kerjasama Pejabat Daerah Pakan.

Statistik Pelawat

075279
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
16
65
146
74732
1201
2599
75279

Your IP: 54.80.157.133
Server Time: 2017-11-22 08:53:31